Thursday 1 March 2012

Redha Allah dan bahagia..

Pertamanya syukur kepada Allah atas segala yang dikurniakan kepada saya. Lama rasanya tidak menjengah ke sini. Entri terakhir sebelum hari pernikahan saya. Kemudian saya terpisah dengan dunia IT. Sibuk menguruskan segala urusan membuatkan saya lupa untuk memikirkan facebook, blog waima aimsweb utm skalipun.

Tamat kertas terakhir iaitu untuk subjek pengurusan fasiliti, saya bersiap dan pulang ke rumah. Terlalu banyak urusan. Sesampainya di rumah hanya saya dan ibu. Kami bincangkan bersama apa yang perlu dibuat untuk majlis pernikahan saya. Ketika sibuk berbincang mengenai persiapan lalu ibu memberitahu rasa gusar hatinya. Perkara yang paling ditakutinya. Air mata saya pecah. Lepaskan lah saya dengan tenang nya ibuku. Mungkin bagi ibu saya, saya masih kecil,masih perlu sentiasa dibantu, masih perlu diberikan nasihat. Lalu dalam beberapa hari saya bakal menjadi isteri. Seseorang yang perlu membuat keputusan sendiri,sentiasa berfikir matang dalam banyak hal,tidak cepat melatah, dan paling utama dapat membahagikan masa antara tugas seorang isteri dan juga pelajar. Mungkin ibu saya risau saya tidak mampu.. insyaAllah akan saya lakukan dengan sebaiknya. Mungkin akan berkali2 saya membuat silap, tapi saya berjanji akan cuba untuk memperbaikinya dari masa ke masa.

Hari2 berikutnya, saya sibuk menguruskan borang pernikahan. Selesai hal tersebut saya dan ibu menyenaraikan segala keperluan untuk hari kenduri. Barang2 dapur, ayam daging semua disenaraikan. Selesai disenaraikan, kami membeli barang bersama. Ayah saya bekerja, memandangkan ibu saya rasa kurang sabar untuk menunggu kami membeli apa yang boleh dahulu. Yang seronoknya kami menggunakan motor. Kenangan indah untuk saya. Membawa segala macam barang2 untuk kenduri menggunakan motot. Sudahnya terpaksa berulang alik sebanyak 2 kali. **tersenyum**.. ibu selalu pesan suruh banyak bersabar, tapi bila keadaan telah mendesak dia pula yg hilang sabar. Haha..

Urusan memasang khemah saya serahkan pada ayah. Tugasan memasak ibu meminta tolong surirumah yang berdekatan dengan rumah saya. Memandangkan majlis tersebut dibuat pada hari jumaat, jadi hanya jirang2 yang tidak bekerja yang dapat membantu. Hati saya berdebar menunggu baju yang telah dihantar ke kampung.  Akhirnya baju saya sampai. Saya terlalu gembira hari abg pos laju hantar baju tersebut. Manik2 yang dijahit walau tidak terlalu sarat namun sangat memuaskan hati saya. Alhamdulillah! Terima kasih saudara saya siti sebab sudi membantu,walhal ketika itu dia pilang ke kampung untuk bercuti dan perlu menyiapkan tugasan. Tapi sempat juga dia menjahitkan manik di baju saya. Syukur amat!
Urusan permohonan nikah selesai.

-Barang2 kenduri telah dibeli.
-Menu hari kenduri telah dipilih. Nasi putih, daging masak lemak cili api, ayam masak merah, ikan keli goring bercili, sayur kobis , sambal belacan, buah-buahan dan air buah.
-Bunga telur untuk tetamu. Ibu saya yang beriya2. Dia yang bersemangat untuk membuat sendiri.
-Khemah untuk tetamu siap ditempah.
-Baju+tudung+bunga tangan selesai.

Yang merunsingkan saya, siapa yang akan make up kan saya. Permulaannya memang telah dibuat tempahan awal2. Bagi mengelak tempahan penuh. Namun hari pernikahan saya telah bertukar kepada hari jumaat. Kakak yang akan make up kan saya bekerja. Kebiasaannya dia hanya mengambil tempahan untuk hari cuti, namun memandangkan saya sangat beriya2 lalu die korbankan hari bekerjanya. Saya sanggup membayar lebih asalkan ianya menepati kehendak dan citarasa saya. Ok selesai hal make up. Lega nya hati. Teruja, gembira dan rasa syukur kepada Tuhan kerana memudahakan segala urursan walaupun pada hakikatnya terlalu banyak dugaan yang perlu ditempuh.

Bercerita tentang dugaan dan ujian Allah, saya jadi sedih. Sebenarnya memang terlalu banyak dan berat dugaan yang diberi. Saat itu saya tak punya sesiapa. Cuma Allah tempat saya memohon pertolongan,ibu saya, cinta hati saya Mohd Naim dan sahabat saya Nursyamimi. Saat ujian itu datang saya ungkapkan kata2 ini.. rasa mahu dipinjam kekuatan dari seluruh makhluk Allah agar saya boleh terus berdiri. Jatuh dan bangun nya saya, saya lakukan sendiri. Banyak kali saya patah hati,hilang semangat.. dugaan yang datang terasa tak mampu dihadapi. Berhari2 saya menangis. Mengenangkan dugaan yang mendatang. Sungguh saya tak mampu. Yang lebih menyakitkan, saya hanya menagis tanpa siapa2. Tiada bahu untuk dipinjam,tiada tangan untuk digenggam, tiada sesiapa ketika itu. Hanya mesej dan semangat dari yang tersayang. Terima kasih mimi untuk kata2 semangat mimi. Terima kasih kerana menjadi penenang saya saat itu. Hanya Allah yang mampu membalasnya! Moga Allah memberikan mimi kebahagian dunia dan Akhirat. Moga Allah temukan mimi dengan lelaki terbaik, yang menjadikan Islam hidup dan matinya, yang akan menyayangi mimi dan anak2 mimi seperti mana dia menyayangi nyawanya sendiri. Moga mimi bahagia! **sebak dan air mata jatuh ke dasar hati**.. terima kasih sahabat!

Setelah segala kesedihan dan dugaan saya tempuh, hari yang dinanti tiba. Malam sebelum hari pernikahan saya dipakaikan inai. Ohh rasa tak sabar menjadi patung,perlu duduk diam ketika dipakaikan. Saya tertidur, kemudian tersentak dari tidur, habislah inai saya  ^___^.. haha…masih ada lagi kesan comot di dinding!
Sepanjang malam tak lena tidur mengenangkan esok. Bangun pagi2 saya solat kemudian kemaskan rumah. Mak dan ayah pagi2 telah ke pasar membeli daging dan ayam. Matahari telah naik meninggi. Degup jantung saya berdegup laju.. semua rasa menjadi satu. Kemudian sahabat tersayang, susah senang, gaduh baik, dialah segalanya bagi saya tiba di rumah. Dialah penenang saya ketika itu. Sahabat saya Diyana dan fik datang! Syukur sangat2. Hari tu saya sakit perut. Berkali2 ke tandas. Semua ni sebab makan ikan keli pedas mak.masa mkn tak ingat esok ko tu nak nikah. Ha padahnya dapat lah cirit birit. Diyana pening! Saya lagi lah. Sahabat saya yg satu ni terlalu istimewa. Dia sahabat saya dunia akhirat. Dia juga sahabat terbaik yang pernah saya miliki. Walau kami sangat rapat, tapi x pernah lari dari terasa hati di antara satu sama lain. Persahabatan kami umpama adik beradik. Bergaduh la macam manapun. Merajuk la berapa lama pon, simpan lah rasa tu lama mana yg ko nak, akhirnya kami tetap akan baik. Dia juga segalanya bagi saya. Susah senang saya, jatuh bangun saya dia tetap di sisi.. ketika semua mencemuh dan menghina dia masih lagi di sisi saya.  Saya bersyukur punya dia. Rasa sayang ni hanya Allah yang tahu. Lebih dalam dari segala kata2. Lebih dari sekadar rasa. Terima kasih untuk hadiah yang di bawa ketika hari pernikahan saya. Frame gambar besar, buah-buahan, biskut batik cubaan pertama katanya. Terma kasih sangat. Sebenarnya dia datang pun sudah lebih dari cukup. Tapi itu lah, ayat dia, “aku yang nak bagi, biarlah..ni untuk kau tau!”. Saya sayang dia. Dia perempuan yang baik luar dan dalam. Sangat penyayang, manja, nak di sayang selalu. Cuma di luar nampak sedikit kasar, dalam lembut seperti tisu! Saya doakan die bertemu jodoh dengan pilihan hatinya firdaus @ fik. Moga cinta kalian tiada noktahnya melainkan syurga Allah. Moga dia bahagia dunia dan akhirat!

Ok sambung cerita saya, ^__^

Saya sakit perut yang amat, kemudian mak berikan air sebagai penawar kepada saya. Alhamdulillah kemudian sakit perut tu beransur hilang. Jam hampir ke 12.30. tapi mak andam yang ditunggu tak kunjung tiba. Lagi lah saya takot. Rupanya jalan sesak, maklumlah budak2 pulang dari sekolah.. tunggu punya tunggu mak andam pun sampai. Orangnya kecik,peramah dan mudah mesra. Ok bermulalah sesi bertukar wajah dari kulit ade jerawat, sampai jadi licin! Saya berpuas hati dengan sentuhan beliau. Berbaloi lah dengan apa yang saya laburkan. Haha. Bukan selalu. Sekali seumur hidup. Selesai make up kami bertolak ke masjid. Saya yang sampai dahulu. Pengantin lelaki belum tiba. Ketika ini saya di teman oleh sahabat2 saya.. diyana, tira, mimi, farah dan nuzul. Terima kasih sebab sudi datang.

Tungu punya tunggu pegantin lelaki pun sampai. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Pak kadi pon kelakar. Senang berunding. Dengan sekali lafaz, saya sah menjadi isteri kepada Mohd Naim Mohd Yusof. Perasaan ketika itu tak dapat digambarkan. Rasa gembira dan lebih tenang. Bahagianya saya saat itu. Lama tak bertemu suami semenjak hari terakhir di Utm. Rasa rindu yang tuhan saja tahu. Syukur kerana mengurniakan saya rasa cinta ini. Tangan nya saya kucup. Lebih bahagia menyentuh dia yang telah halal menjadi milik kita. Alhamdulillah,syukur Ya Allah. Selesai akad nikah kami semua pulang ke rumah. Terdapat tahlil dan kenduri doa selamat, kemudian masa untuk makan. Terima kasih kepada semua yang sudi hadir. Maaf untuk segala kekurangan dan kesilapan diri. Inilah Redha Allah yang saya cari.
 Alhamdulillah…

1 comment:

  1. syg,tahniah utk everything :)
    doa yg terbaik mengiringi kamu..amin~

    ReplyDelete