Wednesday 21 December 2011

cepatla minggu ni berlalu.

Letihnya minggu ni....khamis ni presentation bussiness valuation..then jumaat ada 3 assignment perlu di hantar...1 individu...2 kumpulan...dan yang paling buat saya kecut perut bila asgment Quality management kami membawa 60 markah...banyak kan??? skarang ni tak tahu mana 1 nak buat...lepas 1, 1 lagi...sebelum ni pening2 lalat ngan projek sarjana muda (PSM)...tp alhamdulillah yang tu dah ok..hope soo ok! =) 
next week viva..pembentangan untuk PSM..Ya Allah...moga Allah permudahkan segalanya...cepatla masa berlalu.. 

Sunday 18 December 2011

debaran..

menghitung hari..detik demi detik... ^__^
bila mengenangkan masanya akan tiba saya terngiang2 bait2 lagu tersebut...
semoga dipermudahkan segala urusan...amin...

Wednesday 14 December 2011

untukmu saudaraku..

SIAPAKAH ORANG YANG SIBUK ?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah 
 ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.Siapakah orang yang mempunyai akal?Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari seksa neraka.Siapakah org yg KEDEKUT ?Orang yg kedekut ialah org yg membiar ilmu ini dan tidak berkongsi pada orang lain.
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.. 

Tuesday 13 December 2011

Tuhan tolong lembutkan hati dia..



Ketika saya mula menaip jam menunjukkan 3.27 pagi...telah menjadi kelaziman atau mungkin tabiat,apabila saya tidur lebih awal dari jam biasa,saya akan tersedar.biasanya ada sesuatu yang membuatkan saya terjaga,iaitu kerana belum solat isyak...nanti mesti Allah gerakkan saya untuk bangun..sebagai tanda tanggungjawab yang satu itu mesti dilaksanakan. Alhamdulillah..syukur padaMu..


Ada sesuatu yang membuat saya sedikit resah hati,sedang memikirkan persiapan untuk hari pernikahan...walaupun tarikh itu masih belum pasti,tapi bagi saya ia semakin mendekat..semakin hampir menemui saya..mungkin penangan menanti tahun baru..Ya Allah tak terkata resahnya hati saya..
terlalu pantas masa berlalu.tali pertunangan yang diikat selama 2 tahun hampir menemui noktahnya..Masjid Allah bakal di bina..moga asasnya di bina dengan penuh berkat dan mendapat redha dari Allah..


Secara zahirnya saya sangat kuat,seperti tidak ada yang saya risaukan..saya sentiasa gembira,selalu ketawa bagi memecah suasana..namun hakikatnya terlalu banyak yang saya fikirkan..resah saya,air mata saya, semuanya telah menjadi satu..bagi mereka yang lain,pasti tidak sesuai masa2 begini mahu memikirkan soal perkahwinan..dengan tugasan yang masih tidak selesai, projek sarjana muda yang menanti untuk di "viva", ujian2 lain...namun apalah daya saya untuk menolak semuanya.mahu atau tidak,memang saya tidak punya banyak pilihan..tidak boleh membuang resah ini jauh2..


Tajuk entri kali ni,Tuhan tolong lembutkan hati dia..mungkin ramai yang sedar ayat ini dari cerita Ombak Rindu..suratan atau kebetulan, setelah sekian lama ayat inilah yg menemani saya untuk Mohd Naim..saya selalu minta pada Allah tolong lembutkan hati dia..lembutkan hati dia untuk memimpin saya..lembutkan hati dia untuk sentiasa dekat kepada Allah..lembutkan hati dia untuk menjadi imam terbaik buat saya...saya tak mahu dia menjadi ketua keluarga dengan rasa egois dalam diri kerana dia lelaki..jadi saya minta Allah sentiasa lembutkan hati dia untuk berlembut dengan saya dan anak2 saya kelak..minta moga doa ini sampai ke sana..Tuhan tolong lembutkan hati dia dalam banyak perkara..moga Allah tempat dia bersandar dan bergantung..tidak dikeraskan hatinya untuk sujud kepadaMu..InsyaAllah...


Biasa kita dengar..Tidak semua yang kita angan-angan kan akan jadi kenyataan..biasanya apa yang kita harapkan jauh lebih tinggi dan lebih baik dari yang mampu kita dapatkan..pensyarah saya sendiri,berpesan pada kami..letakkan cita-cita dan harapan jaoh lebih tinggi dari keupayaan diri..moga dengan itu,ianya menjadi doa dan rezeki kita..begitu juga saya...saya selalu membayangkan perkara yang baik2,yang indah2...lalu jika terjadi juga perkara di luar kemahuan saya setelah saya berusaha,berdoa dan bertawakkal,maka saya redha dengan ujian Allah..moga yang pahit ini juga memberi kebaikan kepada saya.
saya sedang berusaha mencari redha Allah.segala yang boleh mendekatkan diri saya kepadaNya,akan saya cuba lakukan..doakan saya kuat.doakan hati saya tetap teguh mencari Redha Illahi..moga dipermudahkan segala urusan untuk saya mendekatiNya...Amin..

Monday 12 December 2011

kepulangan

Semalam dia pulang ke tanah air.tanah tumpah darahku.. ^__^.. dengan suara yg serak,barangkali demam..kasihan..hampir seminggu dia ke Beijing,China..bila ditanya rasa apa di sana…x banyak yg boleh dikongsi.melainkan ungkapan sejuk hingga sakit.berkali-kali rasa itu diluah..bila pulang dr negara orang,biasanya ada sesuatu dari sana..dan ikhlas dari nya sepasang baju dan magnet untuk ditampal di peti ais..lalu dia janjikan sesuatu.sampai masa,dia akan bawa saya ke sana.setelah kami bernikah..InsyaAllah..
Bila dilihat dalam2 kemata nya,yg terzahir adalah letih yang tidak mampu disorok jauh2.namun digagahkan juga hati mengambil saya.mahu di bawa makan sate bersama ibunya(merangkap ibu mertua) ^__^..InsyaAllah.sebelum makan,die memilih jam tangan untuk saya.hadiah hari jadi yang sudah terlepas,12.12.11..tarikh pemberian.nampak sangat jaoh beza kn dengan tarikh lahir saya..
senyum sendiri ^__^
apa pun terima kasih untuk segalanya.tak terluah dengan kata2.esok kami akan memilih kain untuk hari pernikahan.insyaAllah..segalanya dengan izin Allah..

Sunday 11 December 2011

Assalamualaikum..

hari ni merupakan hari kedua saya menulis di sini...menulis ke?? menaip lebih tepat...tapi saya lebih suka istilahkan sebagai menulis.kenapa ya saya berblog sekarang..walhal sebenarnya dari dulu saya da boleh mulakan..sebenarnya sebelum ni saya lebih suka menulis di kertas.kemudian basahlah kertas itu berserta air mata..hingga kadangkala tulisan sendiri tidak mampu dibaca..saya puas menulis..lalu kertas itu entah ke mana mana..ditiup angin mungkin...atau mungkin tertindih di buku-buku lain..


yang penting hati saya lega..sebelum ini ada juga 2 3 sahabat yg minta saya tuliskan sesuatu di blog.tp ketika itu,saatnya belum sesuai.belum datang seru..sesuai ke dengan belum datang seru?mungkin boleh sebagai tanda belum bersedia.dan akhirnya semalam saya minta sahabat saya yang comel Azlin tolong ajarkan saya...
teringat lagu Ramli Sarip..Aku menulis bukan kerna nama.kerna sifat kasih pada sesama insan..dan menyatakan kasih sayangku...macam tula niat saya berblog.untuk menyatakan rasa sayang saya..mudah-mudahan Allah izinkan...selamat membaca..

Blog tutorial ^_^

terima kasih Alin.

Die comel ^__^. baik. selalu buat saya gelak.saya tak boleh tengok dia sedih.mungkin kerana saiznya yang agak kecil.lalu dia tidak boleh bersedih..
terima kasih sebab ajarkan buat blog ni..