Sunday 16 September 2012

8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah



1) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah


3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Thursday 13 September 2012

cinta hati kami..

Entri kali ni sy buat khas buat anak yang telah sy kandung selama 34 minggu..
macam x percaya...terlalu pantas masa berlalu...
masih sy simpan pregnancy test waktu mula2 nk pastikan yg sy positif mengandung...sy simpan sebagai kenangan waktu mula2 menerima berita gembira itu..
sy sendiri x percaya sy telah pun melalui 34 minggu bersama bayi sy.. Alhamdulillah walau terlalu banyak dugaan yg diberi cinta hati sy masih kuat hingga ke saat ini..

Hari ini sy akan ceritakan segalanya tentang bayi sy...sebagai kenangan yg x mungkin sy lupakan..
Pelbagai ragam yg mencuit hati sy...buat sy tergelak,terjerit dan terperanjat..masa sy menaip nie dia x duduk diam...ke sana ke sini...mungkin dia memahaminya..

Bayi sy ni manja...ada masa dia x mahu tidur waktu malam...jadi perlu dipujuk...ditepuk2 perut supaya dia tidur.. excited bila sy kluar dating dengan suami...dalam kereta x nak tidur.. dia mula menonjolkan diri...jadi, banyak la bentuk diperut sy..

pernah kami menonton wayang pada lewat malam... itu kali pertama sy menonton wayang selewat itu..sepatutnya waktu tidur baby.. dengan sound system yg kuat, buat baby jadi sgt2 hyperaktif.. sy rasa mcm baby nk terkeluar..tp yg kelakarnya,suami sy boleh lena tertidur di sebelah..alahai sayang...teruk kn papa.. haha

sepanjang tempoh kehamilan sy terlalu sensitif..sy sgt mudah menangis..kadang2 bila ada sedikit salah faham sy terus menangis...apa yg sy perasan,bila sy menangis bayi sy akan terus diam..x banyak bergerak...mungkin dia paham sy sedang bersedih..seolah-olah memahami keadaan sy.. bijaknya anak mama ni..thanx sayang..

waktu masak baby memg x tidur..die memang temankan sy...sebab die jd aktif..mcm nk tolong kita masak pulak...bahang panas makanan yg sy masak mungkin buat dia x selesa..kesian anak mama...hehe
rajinkan budak bijak ni..tolong mama masak.. =)

bila dah makin banyak minggu, dia macam dah boleh belajar banyak benda...waktu mandi dia..kalau mandi pagi biasanya dia x bangun...tidur lagi mungkin..tapi kalau mandi tengahari, ha mula la dia aktif..macam2 gelagat baby sy ni..

Dalam tempoh ni ada jugak baby sy x sihat..semuanya berpunca dari makanan yg sy makan..kesilapan sy sendiri..pertama sebab makan makanan pedas..dia x selesa di dalam,perut sy terasa panas.. sudahnya baby sangat tidak aktif sepanjang hari.. esoknya bila dia dah sedikit aktif sy cuba cari penawar..sy makan kurma sebanyak mungkin dan minum air yg banyak...selain tu, dr bangun tidur sy dengarkn dia ayat2 Al-Quran...Alhamdulillah dia kembali aktif...syukur ya Allah..

baru2 ni jd lg satu kejadian, sy terlebih makan seafood..pukul 4.30 pagi sy sesak nafas dan 1 badan bengkak..terus suami hantar ke unit kecemasan Hospital Sultanah Aminah..lepas dapat rawatan, sepanjang hari baby tidur...bangun pon kejap2 je..mungkin kesan ubat yg doktor masukkan ke dalam badan sy...kesian nya cinta hati sy ni..maafkan mama ye sayang..

moga bayi sy sentiasa sihat,dirahmati,dilindungi dan di jaga Allah selalu..x sabar nk tengok dan sentuh kamu sayang...sayang anak mama!


Tuesday 11 September 2012

comel nya dia..


Janin Belajar Ketika Dalam  Kandungan
Kehamilan tentunya lebih menyeronokkan apabila bakal ibu dapat mempraktikkan aktiviti baru bersama janin di dalam kandungan. Hal ini kerana, janin yang berada di dalam kandungan sebenarnya mampu untuk memberi tindak balas terhadap rangsangan yang diberikan oleh persekitarannya.

Belajar Makan 
Jika diperhatikan menerusi penelitian foto-foto yang dirakam menerusi USG, kita akan melihat bagaimana janin kelihatan sedang menghisap ibu jari atau sekadar menyuakan ibu jarinya ke arah mulut. Gerakan sebegini pastinya dapat dilihat pada usia kandungan 14 ke 16 minggu. Gambar yang terakam dengan gerakan sebegitulah menjadi bukti bahawa janin juga belajar makan sebagai persiapan mereka apabila dilahirkan kelak.
Sebaik sahaja mereka dilahirkan mereka akan menguasai cara untuk menghisap puting susu ibu mereka ketika penyusuan. Melalui gambar itu juga, bakal ibu boleh melihat tangan janin yang dominan semasa menyuakan tangannya ke mulut. Dari situlah, janin boleh dikenal pasti sama ada mereka kidal atau sebaliknya.

Berolahraga 
Janin mula membuat gerakan yang aktif, memusing ke atas dan ke bawah di dalam rahim sewaktu usia mereka 20 minggu. Janin aktif berpusing memandangkan ruang rahim masih luas untuknya melakukan aktiviti sebegitu. Tetapi gerakan janin mulai menjadi terhad apabila mereka mulai membesar. Biasanya memasuki usia 30 ke 32 minggu janin akan melakukan senaman yang berbeza. Misalnya janin akan bergerak setempat dan menendang.
Gerakan janin boleh dialami oleh ibu dengan melihat tonjolan-tonjolan kaki mahupun tangan pada permukaan perut. Malah janin juga akan bermain dengan tali pusat saat bersenam.
 
Janin Pandai Merasa 
Pada usia kehamilan mencapai 7 ke 8 minggu, deria rasa janin mulai terbentuk. Pembentukan ini akan terjadi dengan lengkap pada usia kehamilan minggu ke 14. Pada masa itulah, janin boleh membezakan antara rasa pahit, manis dan masam pada air ketuban. Terdapat juga beberapa keping gambar dari USG yang merakam gerakan janin sedang menjulur lidahnya untuk menjilat uri dan dinding rahim. Ini bukti bahawa janin sedang mengeksplorasi dengan pancainderanya. 

Bergembira 
Sebaik sahaja janin telah bergerak, ia akan dapat melihat benda-benda di persekitaranyang dapat dipegang, digenggam dan digunakan untuk bermain dan bergembira di dalam rahim. Sebaik sahaja jari-jari tangan lengkap terbentuk dan dapat digerakkan untuk menggenggam dan memegang, janin akan mencuba untuk meraih dan memegang. Jika dilihat dari gambar yang diambil jelas kelihatan janin sedang memegang tali pusat dan seakan bermain tali.
Apabila anda memutarkan lagu-lagu tertentu secara berulangan, setelah janin lahir dia akan mengenali lagu tersebut. 

Bermimpi 
Menerusi USG empat dimensi, dapat dilihat janin di dalam rahim ada ketikanya mempunyai aktiviti gelombang otak yang sama dengan gelombang otak seseorang sedang bermimpi. Pada usia kehamilan 24 ke 30 minggu, janin mulai bermimpi. Bukti ini dapat diperoleh menerusi hasil imbasan pada gerakan bola matanya yang dikenal dengan istilah Rapid Eye Movement (REM). Gerakan ini sebagai satu proses persediaan janin untuk berhadapan dengan kehidupan selepas dilahirkan.

nilai air mata..

Jika isteri menangis dihadapanmu, "Hargailah ia sebelum terlewat..." Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!!!!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah.....

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu. Dia akan menurunkan rasa EGOnya.....

Wahai suami2, jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian. Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam ...
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya... Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya....
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu... Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ? Apakah keistimewaan perempuan ini?

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN....

tp dia sering dilupakan oleh suami krn 1 hal... bahawa

"Betapa BERHARGAnya dia".....

Thursday 6 September 2012

RELA..

RELA..

Tak ubah berbunga lalang
Rendahnya pandanganmu
Padaku yang amat memerlukan
Kegersangan sekeping hati
Mengharapkan setitis embun
Agar basah rindu ini

Aku yang terbuang
Sejak mula lagi
Puas ku merintih
Puas ku berduka

Ku hanya mampu berserah
Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidup ini

Demi cinta yang menyala
Kurela menggenggam bara api
Demi kasih yang mengharum

Sungguh aku rela
Biarpun pada pandangan
Seperti bunga yang layu terbuang
Namun kau pasti tahu

Semua kerna
Aku masih lagi setia padamu
Biar ku menangis seumpama pengemis
Ku hanya mampu berserah

Berserta doa harapan
Ubahlah haluan hidupku in