Sunday 8 January 2012

28 hari..

Pantasnya masa berlalu..diam tak diam tinggal 28 hari lagi sy akan menjadi isteri kepada Mohd Naim Bin Mohd Yusof..Alhamdulillah urusan itu dipermudahkan...walaupun terdapat ujian yang mendatang,namun banyak perkara yang dapat diselesaikan dengan baik.
macam tak percaya...segalanya saya lakukan sendiri.
sebenarnya saya masih lagi dalam minggu peperiksaan.. sakit kepala,sakit gigi..semuanya berlaku dalam masa yang sama..
dengan sibuk mentelaah pelajaran..berkejar ke sana ke mari, sibuk di laman muka buku mencari2 pilihan terbaik untuk majlis pernikahan..dan macam2 lagi.. semua perkara harus dilakukan.

Perkara yang telah selesai dan masih belum selesai..

borang kebenaran bernikah di luar daerah (Mohd Naim org yang paling bersemangat ^_^)
segala borang untuk hari pernikahan..(terima kasih utk mak dan ayah sbb bantu selesaikan apa yang perlu)
make up hari pernikahan (selesai untuk tempahan dan deposit)
baju hari pernikahan (terima kasih amira@ bee, temankan dan bantu saya buat keputusan, sy tidak bercadang memilih warna putih kerana hari pertunangan sy telah memilih warna tersebut...jadi sy memilih 2 warna yang berbeza.. harapnya warna tersebut dapat menaikkan seri saya dan Mohd Naim =)
hadiah sebagai tanda pernikahan (dalam proses)
jurugambar (masih dalam proses mencari)

tentang hal2 kenduri saya serahkan pada mak.. sebenarnya untuk hari pernikahan ini, majlis nya cuma dibuat secara kecil-kecilan. disertai dengan kenduri doa selamat dan menjamu tetamu juga saudara terdekat.. InsyaAllah setelah tamat pengajian majlis yang lebih besar akan dibuat..InsyaAllah, ketika ini saya akan menjemput semua kenalan dan saudara mara...

Saya minta maaf andai ada yg berkecil hati..saya hanya mampu merancang yang terbaik,selebihnya saya serahkan pada Allah..

3 comments:

  1. wah dh nk kwen ke akaq angkt sy sowg nie.. pdn la rse nk mkn nsi mnyak ,, hehhe.. jmput mas x? hahahha.. eh2.. tahniah akaq.. hope semuanya brjalan dengan sempurna..

    ReplyDelete
  2. mas dtg la..meh2..
    kema:macih..x lame lg kema plak.. =)

    ReplyDelete