Tuesday 13 December 2011

Tuhan tolong lembutkan hati dia..



Ketika saya mula menaip jam menunjukkan 3.27 pagi...telah menjadi kelaziman atau mungkin tabiat,apabila saya tidur lebih awal dari jam biasa,saya akan tersedar.biasanya ada sesuatu yang membuatkan saya terjaga,iaitu kerana belum solat isyak...nanti mesti Allah gerakkan saya untuk bangun..sebagai tanda tanggungjawab yang satu itu mesti dilaksanakan. Alhamdulillah..syukur padaMu..


Ada sesuatu yang membuat saya sedikit resah hati,sedang memikirkan persiapan untuk hari pernikahan...walaupun tarikh itu masih belum pasti,tapi bagi saya ia semakin mendekat..semakin hampir menemui saya..mungkin penangan menanti tahun baru..Ya Allah tak terkata resahnya hati saya..
terlalu pantas masa berlalu.tali pertunangan yang diikat selama 2 tahun hampir menemui noktahnya..Masjid Allah bakal di bina..moga asasnya di bina dengan penuh berkat dan mendapat redha dari Allah..


Secara zahirnya saya sangat kuat,seperti tidak ada yang saya risaukan..saya sentiasa gembira,selalu ketawa bagi memecah suasana..namun hakikatnya terlalu banyak yang saya fikirkan..resah saya,air mata saya, semuanya telah menjadi satu..bagi mereka yang lain,pasti tidak sesuai masa2 begini mahu memikirkan soal perkahwinan..dengan tugasan yang masih tidak selesai, projek sarjana muda yang menanti untuk di "viva", ujian2 lain...namun apalah daya saya untuk menolak semuanya.mahu atau tidak,memang saya tidak punya banyak pilihan..tidak boleh membuang resah ini jauh2..


Tajuk entri kali ni,Tuhan tolong lembutkan hati dia..mungkin ramai yang sedar ayat ini dari cerita Ombak Rindu..suratan atau kebetulan, setelah sekian lama ayat inilah yg menemani saya untuk Mohd Naim..saya selalu minta pada Allah tolong lembutkan hati dia..lembutkan hati dia untuk memimpin saya..lembutkan hati dia untuk sentiasa dekat kepada Allah..lembutkan hati dia untuk menjadi imam terbaik buat saya...saya tak mahu dia menjadi ketua keluarga dengan rasa egois dalam diri kerana dia lelaki..jadi saya minta Allah sentiasa lembutkan hati dia untuk berlembut dengan saya dan anak2 saya kelak..minta moga doa ini sampai ke sana..Tuhan tolong lembutkan hati dia dalam banyak perkara..moga Allah tempat dia bersandar dan bergantung..tidak dikeraskan hatinya untuk sujud kepadaMu..InsyaAllah...


Biasa kita dengar..Tidak semua yang kita angan-angan kan akan jadi kenyataan..biasanya apa yang kita harapkan jauh lebih tinggi dan lebih baik dari yang mampu kita dapatkan..pensyarah saya sendiri,berpesan pada kami..letakkan cita-cita dan harapan jaoh lebih tinggi dari keupayaan diri..moga dengan itu,ianya menjadi doa dan rezeki kita..begitu juga saya...saya selalu membayangkan perkara yang baik2,yang indah2...lalu jika terjadi juga perkara di luar kemahuan saya setelah saya berusaha,berdoa dan bertawakkal,maka saya redha dengan ujian Allah..moga yang pahit ini juga memberi kebaikan kepada saya.
saya sedang berusaha mencari redha Allah.segala yang boleh mendekatkan diri saya kepadaNya,akan saya cuba lakukan..doakan saya kuat.doakan hati saya tetap teguh mencari Redha Illahi..moga dipermudahkan segala urusan untuk saya mendekatiNya...Amin..

No comments:

Post a Comment